Saturday 30 April 2011

WAKAF


PERANCANGAN JANGKA PANJANG:
Pihak kami bercadang untuk memindahkan sebahagian dari anak-anak dari Rumah Amal yang agak terpencil ini untuk di tempatkan di kawasan berdekatan dengan Lembah Kelang.  Tujuan kami ialah agar mudah pihak kami untuk memantau dan menyalurkan keperluan Rumah Amal  ini.
Selain dari itu pihak individu dan badan koporat yang ingin menghulurkan bantauan kepada Rumah Amal  kebanyakannya tinggal di sekitara Lembah Kelang, kesibukan berkerja dan kesuntukan masa telah membantutkan niat murni mereka untuk menziarah dan membuat kerja amal sekiranya lokasi rumah amal ini terletak jauh dari tempat mereka. Dengan menempatkan sebuah dari Rumah Amal di sekiar Lembah Kelang akan memudahkan saluran bantuan di pusat dan diagihkan kepada rumah-rumah amal yang lain.
Walau bagaimanapun perancangan ini kami harus kami lakukan dengan teliti, agar kebajikan anak-anak di Rumah Amal ini tidak terabai, kerana  keperluan tinggal di kawasan Lembah Klang adalah sangat tinggi.
Sehubungan dengan itu pihak kami membuka peluang ini kepada tuan/puan sekiranya ada sebarang malumat tentang penaja untuk membiayai atau sesiapa sahaja yang ingin mewakaf rumah atau bangunan untuk menjayakan hasrat murni ini.
Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:

1. Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.
2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.
3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.
4. Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.
5. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.
6. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang
 
Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:
1. MEMBIAYAI:
A. Sewaan bulanan bangunan
B. Bil-bil utiliti
C. keperluan dapor
D. Belanja persekolahan pelajar

2. MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):
A. Katil dan tilam untuk asrama
B. Keperluan dapur asrama
C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik
D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen
E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah

3. BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:
Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur di antara 5 hingga 12 tahun.

4. MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:
A. Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama
B. Pengendali laman web
C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana
D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD

5. DOA MENDOAKAN
Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sila hubungi Ustazah Rohana: 019-3133430 sekiranya tuan/puan ada sebarangan cadangan atau Email ke :rkh@ykppm.org.my

No comments:

Post a Comment