Monday 30 May 2011

Tip "Risau membawa stress!" dan sesi bersama Irfan Khairi percuma di KL Rabu ini


  1. Jemputan Rabu ini ke preview "2-dalam-1" Revolusi Media Sosial dan Dari Kosong Sampai Jutawan Ditaja oleh DIGI. DVD bernilai RM89.90 Percuma!
  2. Tip pilihan: Risau Membawa Stress
  3. Hubungi saya untuk acara anda ;)
 
Pada hari Rabu 1hb ini, bertempat di Cititel, MidValley pada jam 7.45 malam, akan diadakan majlis preview untuk 2 acara hebat akan datang- "2-dalam-1", Revolusi Media Sosial, dan juga Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan.
 
Isi kandungan:
  • Sesi bertemu Irfan Khairi one-on-one (7.45pm)
  • "Revolusi Media Sosial" - "3 cara menjana pendapatan" oleh Irfan Khairi
  • "Dari Kosong Sampai Jutawan" oleh Jefri
  • Pendaftaran dan tawaran khas bagi yang berminat menyertai
Property Negotiator, di sesi saya, anda akan didedahkan asas menjana pendapatan menggunakan media sosial. Pastinya anda memiliki akaun Facebook bukan? Atau anda pernah menonton klip YouTube? Mungkin anda suka membaca Blog? Kesemua ini adalah Media Sosial dan alang-alang kita sering menggunakannya, mengapa tidak kita jana pendapatan melalui media sosial?!
 
 
Pada Rabu ini, saya akan kongsikan 3 CARA menjana pendapatan melalui Media Sosial, dan bagaimana ANDA juga boleh menjana pendapatan secara sambilan menggunakan laman-laman sosial ini.
 
Juga, susulan daripada outreach anda layak berjaya, bagi mereka yang berminat akan diadakan sedikit preview mengenai konvensyen "Dari Kosong Sampai Jutawan" yang telah mendapat sambutan yang hebat lebih daripada 1,000 penyertaan sejak tahun lalu. Preview akan dikendalikan oleh En Jefri, khas bagi anda yang ingin ketahui rahsia keusahawanan ikon-ikon jutawan, seperti Billi Lim, Dato Azman Ching, Dato Hussamudin (pengasas Karangkraf), Dato Maznah Hamid (Iron Lady), Norman KRU dan ramai lagi!
 
Sesi prelude "2-dalam-1" Revolusi Media Sosial dan DKSJ ini ditaja oleh DIGI, dan kemasukan adalah percuma, Namun, tempat adalah terhad kepada 80 peserta sahaja.
 
Bagi anda yang tiba awal, akan diadakan sesi bertemu saya untuk sebarang soal jawab tentang perniagaan Internet. Sesi ini dijangka bermula pada jam 7.45pm.
 
Preview 2-dalam-1
"Revolusi Media Sosial" &
"Dari Kosong Sampai Jutawan"
Tempat: Cititel, MidValley Kuala Lumpur
Tarikh: Rabu, 1hb Jun 2011
Waktu: 8.00-10.30 malam
Masuk: PERCUMA (Ditaja oleh DIGI)
 
 
*Sila datang awal untuk sesi one-on-one bersama saya!
 
PERCUMA!
50 pendaftaran terawal akan menerima DVD percuma saya bernilai RM89.90 cara menjalankan perniagaan melalui Internet. Oleh itu, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong!
 
Untuk menempah tempat anda, sila hantarkan SMS kepada 017-3935364 dengan maklumlat berikut:
 
2DALAM1, <NAMA> ,<JUMLAH PESERTA>, <ALAMAT EMAIL> 
 
Kami akan hubungi anda sejurus mendapat SMS tempahan anda!
 
Jumpa di Cititel, MidValley pada hari Rabu ini!
 
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 
ps: Tempat terhad kepada 80 tempat sahaja di mana 24 tempat kini telah dipenuhi. Pastikan anda daftar awal!
 


Tip Pilihan: Risau Membawa Stress
Oleh: Irfan Khairi
 
Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita "risau" sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit :(Ada research mengenai "risau" mengatakan:
  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!
Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!
Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita. 
Senyum selalu & selamat bercuti :)
 


Hubungi saya....
Sejak tahun 2005, saya sering menjalankan talk/ceramah serata malaysia di badan-badan kerajaan, syarikat swasta serta institusi pengajian tinggi. Ramai yang bertanya, bagaimana hendak mengambil IK sebagai penceramah sesuatu acara (acara perkahwinan sahaja saya tak buat) ;)
 
Sekiranya anda ingin cuba hubungi saya sebagai penceramah acara anda, boleh hubungi nombor berikut: 03-77292277 dan bercakap dengan En Syukri (ext 103). Sesi saya boleh diubahsuai mengikut kehendak acara anda sama ada  untuk sejam dua, separuh hari, atau program satu hari bergantung kepada acara anda.



16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ 

No comments:

Post a Comment